TEROKAI KAMI
"Memperkukuh pemikiran, kelestarian, dan jati diri warga UiTM berpaksikan Melayu, Islam, dan Raja-Raja"
MERU, KLANG | 25 April 2025 – Jawatankuasa Pelaksana Adiwangsa UiTM Cawangan Selangor dan Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa UiTM Shah Alam telah berjaya menganjurkan Program Kemampanan Adiwangsa yang berlangsung selama tiga hari, dari 23 sehingga 25 April 2025 di Pusat Latihan Kenegaraan Meru Klang.
PORT DICKSON, 30-31 Disember 2024 – Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) telah menyertai program ‘Way Forward 2025’ anjuran Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa (PPA) di Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bertemakan “Menggapai Ke Langit, Mengakar Ke Bumi, Menjunjung Budaya dan Agama”.
MACHANG, 1 Disember – Delegasi Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa (PPA) yang diterajui oleh Prof. Dr. Amer Shakir Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), bersama barisan Eksekutif PPA, telah melaksanakan sesi libat urus menerusi Jelajah Adiwangsa Siri Ke-9 bertempat di UiTM Cawangan Kelantan pada 11 November 2024.
PUNCAK ALAM, 29 MEI 2025 – UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menerima kunjungan dari Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu UiTM, YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan bersama YBrs. Prof. Dr. Amer Shakir, Penolong Naib Canselor Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa UiTM dan Dr. Nor Hafizah Ibrahim, Timbalan Pendaftar Jabatan Pemerkasaan Adiwangsa, bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Puncak Alam.
SHAH ALAM, 6 Januari 2025 – Sesi pertemuan Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) bersama Yang Berhormat Datuk Borhan Aman Shah yang merupakan EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor diadakan pada hari ini di Pejabat EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Shah Alam, 29 November 2024 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan “Setahun NC7 Bersama UiTM” di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) telah dimulakan dengan selawat dan bacaan al-Quran. Majlis ini merupakan satu penghargaan kepada pencapaian dan usaha yang telah dilakukan sepanjang setahun kepimpinan Naib Canselor UiTM ke-7, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin.












